Ke mana 'freedom of speech' membawa manusia?

Bismillah...

Assalamualaikum wbt...
20 May 2010...
Tarikh semalam menyaksikan hari kekasih Allah dipermain-mainkan . Mereka-mereka menggelarkan hari semalam sebagai first annual of 'Draw Muhammad Day'.
Sedih dan sayu terkenangkan sebegitu sekali mereka mahu menyakiti Islam..sebegitu sekali mereka mahu meredahkan manusia terhebat itu. Ya Allah...sungguh sedih dan menyakitkan apabila melihat lukisan2 dan kebencian yang mereka zahirkan.
Sedih mengenangkan perjuangan dan pengorbanan Rasulullah yang dirindui dan dicintai, direndah-rendahkan oleh mereka-meraka yang tidak bertanggungjawab...

Hati tertanya-tanya...ke mana 'freedom of speech' membawa manusia?
Apa mereka mampu membawa kebebasan itu di padang Mahsyar nanti...?
Apa mereka mampu untuk bebas mengeluarkan hujah di depan Allah nanti?
Apa sewaktu di kumpulkan nanti...sewaktu disoal nanti... sewaktu dibakar api neraka nanti...
mereka mampu bekata, "THIS IS MY RIGHT????"
Mampukah kamu manusia kerdiiiilllll????????

Saksikanlah wahai manusia kerdil,
di waktu itu...seluruh anggota tubuhmu memiliki 'freedom of speech'
Menjadi saksi atas ketidakadilanmu di muka Bumi,
Menghina dan menyakiti kekasih Allah...
Menghina dan menyakit manusia yang paling kami rindu..paling kami kasih..paling kami sanjung...

Perjuangkanlah 'freedom of speech' -mu itu...
Perhatikanlah sejauh mana engkau mampu pergi...
Jikapun engkau tidak dibalas di bumi..
Nantikan natijahnya di akhirat nanti...
Kerana kami percaya kehidupan selepas mati...
Allahuakbar....

Rasulullah....kami rinduu....



Comments

bismillah~

:-(~ sedeyh taky.. btol2 iAllah~
janji DIA xkn pernah salah...

allahumma solli 'ala muhammad~
sungguh aku rindu dia jue..

berharap pertemuan dgnnya di sana kelak iAllah~
perkenankanlah doa kmi ya Allah~

Popular Posts