Dalam dirimu masih ada sisa jahiliyyah...

Kisah Agung Antara 2 Sahabat

Di dalam riwayat pernah diceritakan, Abu Zar r.a memanggil Bilal r.a dengan gelaran “wahai anak hitam”. Bilal r.a yang mendengar panggilan tersebut terdiam dan tidak membalas panggilan Abu Zar r.a itu. Dengan rasa kesal Bilal lantas pergi bertemu Rasulullah untuk mengadukan hal tersebut. Tiba di rumah Rasulullah, Bilal r.a meluahkan isi hatinya pada Rasulullah. Seketika sahaja, berubah wajah Rasulullah menjadi merah padam. Rasullah terus ke tempat Abu Zar berada, tetapi hanya lalu sahaja. Rasulullah terus ke masjid.

Mengetahui bahawa Rasulullah marah padanya, lalu Abu Zar memberi salam kepada Rasulullah. Rasulullah berkata kepadanya “Wahai Abu Zar, kamu telah menghina Bilal dan menghina asal usulnya. Ketahuilah Abu Zar, sesungguhnya kamu asal usulnya adalah orang jahiliyah sebelum masuk Islam, dan sesungguhnya dalam diri kamu masih ada sisa-sisa jahiliyyah”.

Abu Zar r.a merasa terpukul dan sangat menyesal. Abu Zar menangis dan merayu pada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, maafkan kesalahanku dan pintalah Allah ampunan atas doaku…” . Lalu Abu Zar berlari mendapatkan Bilal r.a, Abu Zar merangkul Bilal sambil memohon maaf padanya. Tidak cukup dengan itu, Abu Zar meletakkan kepalanya di atas tanah seraya berkata “Demi Allah wahai Bilal aku tidak akan angkat pipiku dari atas tanah kecuali kamu injak pipiku yang sebelah lagi dengan kakimu. Demi Allah sesungguhnya kamu orang terhormat dan aku yang terhina”.

Apakah yang berlaku selepas itu ? Anda teka…

Nilai Agung Pada 2 Sahabat

Bilal kemudiannya mendekatkan mukanya ke pipi Abu Zar lalu menciumnya berkali-kali. Kemudian diangkatnya dari tanah. Mereka berdua berpelukan dengan penuh kasih sayang dan tangisan.

Lihat ukhuwwah yang terjalin dan nilai akhlak pada Bilal r.a dan Abu Zar r.a. Bukan hanya betapa merendah diri Abu Zar memohon kemaafan, bahkan betapa mulia dan kasihnya Bilal r.a, walaupun diperlakukan sebegitu, atas rasa kasih dan sayang pada Abu Zar, Bilal memaafkannya.

Kisah ini disentuh semasa Na Shle Jahiliyyah v Praze semalam. Memang benar kadang kala terlalu banyak jahiliyyah di dalam perkataan dan perbuatan kita seharian. Teringat kata2 Nouman Ali Khan sewaktu menghurai ayat 133-136, surah Ali Imran. Kadang kala dalam memaafkan, masih ada ego dalam diri, contoh yang diberi..."Awak dah insult saya tahun lepas, tapi takpe, saya maafkan awak."

Kadangkala suasana musyawarah juga...tidak nampak seperti musyawarah :contoh,"Buat la kalau kau tahu sangat."... "Lantak la...aku yakin dengan keputusan aku. Ikut la ko nak ikut ke tak." Betulkah muamalah begitu?

Ataupun...kadang kala menegur seperti mahu menghukum. Ataupun kadang kala mencari alasan untuk mempertahankan diri atau dengan kata lain, defensive...kadangkala mentertawakan orang sesuka kati tetapi benci bila orang mentertawakan kita. Merendahkan orang sesuka hati tetapi jugak benci direndah-rendahkan. Benarlah kata Abdul Wahab Azam yang di quote di dalam muntalaq...

“Secara fitrahnya, manusia sebenarnya bencikan kehinaan. Tetapi dengan pelbagai keadaan dan peristiwa yang berlaku, tanpa disedari mereka tunduk secara berangsur-ansur. Sedikit demi sedikit mereka menjadi terbiasa di dalam kehinaan. Ianya ibarat singa yang telah dijinakkan..."

Aduh, realiti...teguran yang sudah semestinya apply untuk diri sendiri terlebih dahulu,dan seterusnya sahabat2 yang lain. inshaAllah Allah sentiasa memberi peluang untuk kita belajar dari kehidupan.Menyedari kesilapan dan memperbaiki kesilapan. Terpulang kepada kita memilih untuk belajar dari kehidupan atau memilih untuk mengubah kehidupan mengikut kemahuan kita, memuaskan perasaan dan hawa kita, untuk menenangkan diri sendiri, cuba mencari ijtihad yang memihak kepentingan diri.

Bak kata Nouman Ali Khan, "Come on...Get real!!!"

inshaAllah kita memilih untuk belajar...saya mahu belajar...Ya..mari belajar dari kehidupan.

ok, jumpa lagi inshaAllah...

wassalam...

Comments

rusnarusli said…
salam sahabat sejatiku~
hihi.. tersentuh dgn kisah abu zar dan bilal.. sebuah kisah yg penuh pengajaran siriesly... mengetuk kepala sendiri~~!!

Popular Posts