warkah buat Encik Husni Mubarak


Mode: Tegas

Karlovo Namesti 14,
Praha 2, 12000 Prague,
Czech Republic.
_______________________________________________________________

Encik Husni Mubarak,
Presiden Mesir,
Mesir. 4th January 2009

Encik,

MEMBUKA PINTU SEMPADAN DI RAFAH

Assalamualaikum. Segala puji-pujian bagi Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

Berhubung dengan perkara di atas, saya kurang memahami tindakan Encik Husni yang tidak mahu membuka pintu sempadan di Rafah. Encik Husni ade mengatakan yang Encik akan membuka jika persetujuan pemimpin Israel diperoleh. Pelik juga...sebabnya mereka yang menyerang dan kurang cerdiklah kiranya jika mereka yang menyuruh Encik Husni membuka pintu tersebut. Dan kurang cerdik jugalah bagi yang menunggu arahan dari mereka untuk membuka pintu tersebut.



Mungkin saya bukan pemimpin yang besar macam Encik Husni yang perlu memikirkan banyak perkara selain daripada perkara macam ini. Tapi bagi kami perkara ini cukup besar bagi seorang Muslim. oooo...mungkin Encik Husni tiada saudara-mara di Gaza. Tapi kami ada...kami ada banyak saudara di sana. Setiap nyawa di Gaza adalah nyawa-nyawa kami. Jadi, tolonglah wahai encik Husni, fikirlah dengan matang. Janganlah ikut telunjuk orang yang dilaknat Maha Pencipta.

Agaknya mungkin Encik Husni dah sediakan testimonial atau teks ucapan untuk hari Encik Husni dihisab nanti. Apabila ditanya kenapa taknak buka pintu, mungkin antara jawapan Encik:
  1. Sahabat baik saya, Ehud Olmert tak bagi buka. Jadi saya tak boleh buka.
  2. Saya tiada saudara di Gaza
  3. Saya tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan di Gaza
  4. Saya kena fikirkan keselamatan penduduk Mesir....
  5. Saya taknak putus sahabat dengan Israel yang best (yarkss!!!!)
bla...bla...bla..

Ini anggapan saya sahaja. Mungkin encik ade jawapan yang lebih baik. Mungkin.... takpe, nanti kite dengar same2 alasan Encik Husni yer. Encik Husni, sebagai seorang pelajar, saye faham tugas sebagai seorang pemimpin bukannya mudah. Tapi nak buat macam mana...mungkin Encik Husni tak sanggup syahid untuk saudara-saudara kami (kalau Encik Husni nak anggap diorang saudara pun boleh sangatlah).

Encik Husni, encik tahu tak tindakan Encik ni membuatkan Yahudi laknat tu merasakan mereka besar dan berkuasa. Tindakan Encik ni benar2 memalukan umat Islam. Tapi tak kisah, sebab kami yakin dengan janji Allah...Islam pastikan menang satu hari nanti...Encik Husni tak percaya? Bacelah surah Al-Fath. Mesti Encik Husni lagi faham...tu kan bahasa ibunda encik. Kalau saya, bace tafsir baru faham.

Takpe-takpe Encik Husni, nanti Encik Husni tunggu ye kedatangan mereka-mereka yang akan menuntut keadilan daripada Encik Husni masa hari perhitungan nanti. Nanti Encik Husni panggil la kawan2 untuk selamatkan ENcik macam Ehud Olmert, Ehud Barak, Barack Obama dan yang sewaltu dengannya. Diorang kan kuat....

lagi satu, saya tak suka tengok Encik Husni ternganga bile bergambar dengan Ehud Olmert. Tak elok perangai tu.... tak sopan.

Ehud dan Encik Husni

Baiklah Encik Husni, saya mintak maaf kalau terkasar bahasa. Tapi ape yang Encik Husni buat lagi kasar. Ketahuilah, kami semua sakit hati. Ok, bye2...

Yang ikhlas,
Hamimmi

Comments

rusnarusli said…
salam, hamimmi.. btul2 setuju bangat sama kamu... geram giler bile tgok diorang tu... down down down yahudi!!!
hazilla_khairul said…
salam,surat mahal ni..btol tu mimi,kalaulah perasaan bersaudara seislam itu kuat,mereka tidak akan ragu2 utk mmbantu..ni bukan saja xnk bantu tapi mmburukkan lagi nama agama islam yg suci..
Nur Hamimmi said…
assalamualaikum...
rus: haah...geram dan menyampah. down down down yahudi!

kak zilla: betul akak...saye pun tak paham. perkara mudah pun pemimpin islam ni susah nak fikirkan. Teringat cerita Mus'ab ibn umayr yang kuat gile perasaan saudara dia terhadap umat ISlam yang lain.Moga Allah menyedarkan hati2 mereka yang telah dibutakan dunia.
Syamira Zaki said…
'Nanti Encik Husni panggil la kawan2 untuk selamatkan ENcik macam Ehud Olmert, Ehud Barak, Barack Obama dan yang sewaltu dengannya. Diorang kan kuat....' >> btulla sis. ni la antara contoh pmimpin2 berakal pendek, x fikir 'masa depan' =( *sedih2 dgn pmimpin yg telebih sangap ni*
Xiang Yan said…
Bertabah dan bersabar. Mereka yang bersalah jika tidak menerima hukuman yang setimpal di dunia akan menerima balasan di akhirat juga.
anbahmie_10 said…
Salam mimi...
Setuju sangat...
Ni la jadinya bila hidup bertuhankan material & kuasa, berkiblatkan 'syurga' dunia...

Siapa lawan & siapa kawan dh x dipeduli...bg diorang, yang paling utama ialah menjaga kepentingan diri sendiri...
fatinnadirah said…
mimmi! surat yang sgt best!

Popular Posts