Peduli Palestine

Kemasukan Yahudi ke Bumi Palestin



Oleh: Imran al-Malizi
Kaum Yahudi sangat mengingati pengajaran daripada pengalaman sejarah bahawa mereka senantiasa dalam keadaan lemah apabila menghadapi kekuatan Islam secara bersendirian. Dunia kristian juga sedang mencari-cari kesempatan yang sesuai untuk membalas dendam terhadap kekalahan yang memalukan di tangan umat Islam dalam Perang Salib. Kini kedua-duanya sedang berganding bahu untuk menumpaskan dunia Islam.
Negara-negara Arab yang berdekatan dan hampir kepada Kristian dan Yahudi secara semulajadinya menjadi sasaran awal mereka. Kekuatan kesatuan Kristiandom dan Zionisme berhasrat untuk memberikan pukulan padu kepada umat Islam dan impian kesatuan mereka.
Pada bulan Disember 1917, British telah berjaya sepenuhnya menduduki bahagian selatan dan tengah Palestin, termasuklah Jerusalem, yang berjaya diduduki secara rasmi pada 9hb. Disember 1917. Komander tentera British, Lord Allenby, sempena peristiwa ini, secara angkuh telah menyatakan:
"Kini Peperangan Salib telah pun berakhir".
Apa yang tersirat di sini ialah, orang-orang Eropah menganggap yang mereka telah mengharungi Perang Salib yang berterusan selama 800 tahun dan berakhir dengan ekspedisi Palestin ini. September-Oktober 1918, British meneruskan peluasan polisinya dengan menduduki bahagian utara Palestin, bahagian timur Jordan, Syria dan Lubnan. Semenjak itu ia memperolehi kuasa penuh dalam kempen untuk pelaksanaan projek Judaize ke seluruh bumi Palestin. British, lebih jauh lagi mengacu Liga Bangsa-bangsa untuk mengiktiraf Deklarasi Balfour pada 24hb. Julai 1922.
Dengan taktik ini, British telah berusaha keras ke arah penubuhan sebuah 'tanah air' untuk bangsa Yahudi di Palestin. Pada penghujung Jun 1920, British meletakkan seluruh bumi Palestin di bawah undang-undang tentera, yang tidak lama kemudian itu diubah kepada undang-undang sivil di bawah Pesuruhjaya Tinggi British. Pesuruhjaya Tinggi zionis yang pertama ialah Herbert Samuel (1920-1925), dan para penggantinya selepas itu secara aktifnya telah meneruskan projek zionis, tetapi yang paling terkenal dengan kejahatannya ialah Arthur Wauchope (1931-1938), di mana pada era pemerintahannya konspirasi Yahudi di Palestin telah mencapai kemuncaknya.
Bangsa Yahudi mengukuhkan banyak kepentingan sosio-ekonomi dan institusi pendidikan, sebagai contoh Histadrut (kesatuan pekerja), Universiti Hebrew di Jerusalem pada 1925, dan Agensi Yahudi pada 1929, yang mana telah menjadi perwakilan rasmi bagi badan yahudi di Palestin. Tanpa diragui lagi, kesemua organisasi ini memberikan infrustruktur yang kukuh untuk kemunculan Negara Yahudi yang bertempat di bumi Palestin pada 14hb. Mei 1948. Pada tahun tersebut populasi penduduk yahudi ialah 646,000 iaitu kira-kira 31.7 % daripada 2, 036, 000 penduduk. Semenjak itu bangsa Yahudi yang bertebaran di seluruh dunia ini mula berimigrasi ke bumi yang telah dicerobohi itu.
Sudah tentu umat Islam tidak hanya berdiam diri. Sebahagian kecil pertubuhan sukarela Arab dan muslim ditubuhkan dengan beberapa gelaran, di antaranya Jaysh al-Inqaz dan tentera Palestin Al-Jihad al-Muqadas. Bagaimanapun dengan kemampuan persenjataan yang lemah, yang dibekalkan oleh negara-negara Arab tidak dapat mengatasi peperangan berat sebelah ini. Pada bulan Oktober 1948, pertubuhan Al-Ikhwan Al-Muslimun telah memasuki medan jihad seramai 10,000 para mujahid sukarelawan telah dihantar dan mereka berjuang dengan berani. Kerajaan Mesir telah mengharamkan Al-Ikhwan manakala Mursyid al Am-nya, Imam As-Syahid Hassan Al-Banna telah dibunuh oleh perisikan mereka. Penentangan masih lagi berterusan, bagaimanapun perpecahan di kalangan bangsa Arab dan umat Islam telah menyukarkan usaha untuk menyelamatkan bumi Palestin.
Pergerakan Zionis Antarabangsa semakin mara ke hadapan, dan peluang untuk memperhambakan umat Islam sudah pun lama terbentang luas...

Rujukan
1.Al-Quran Al-Karim.
2.Kayfa Hudimat al-Khilafah – Abdul Qadim Zallum, Darul-Ummah,Beirut, 1990.
3.The Palestinian Issue, Its Background and Development Up To 2000 - Dr. Mohsen M. Saleh, Darul-Fajar.Translated by, Prof. Hassan A.Ibrahim, 2001.

sumber http://inilah-jalanku.blogspot.com/2006/03/kemasukan-yahudi-ke-bumi-palestin.html

Comments

Popular Posts