Memberi dengan ta'zim dah syafaqah...
Mendalami erti 'abid dan khalifah itu benar-benar membuka minda dan menginsafkan. Alhamdulillah kami diberi peluang untuk mengupas tulisan Prof. Dr. Hammam Saeed yang bertajuk Qawaid Ad-Dakwah Ilallah, sebuah tulisan yang saya kira sungguh tulus dan menusuk jiwa. Sesi yang lepas, kami bincangkan tentang tajuk Kaedah Satu: Dakwah kepada Allah adalah jalan yang selamat dunia dan akhirat. Dengan rasa berbesar hatinya ingin saya kongsikan di sini perkongsian penulis yang terasa sungguh dekat di hati. Saya coretkan di sini rasa hati saya apabila membaca tulisan Prof. Dr. Hammam Saeed dan maafkan saya jika ada tersalah huraian dan saya sedia menerima teguran, inshaAllah.
Antara pokok bicara yang menarik perhatian saya adalah kata-kata Imam Fakhrurrazi, yang mana ibadah itu mengandungi erti ta'zim dan syafaqah. Ta'zim didefinisikan sebagai membesarkan Allah dengan hati, berbeza daripada takbir yang mana kita membesarkan Allah dengan lisan. Manakala syafaqah pula didefinisikan sebagai belas (kasihan). Mengupas ta'zim dan syafaqah ini membuatkan saya merasai dengan lebih mendalam makna kehidupan dan atas dasar apa manusia dijadikan. Akan saya kongsikan huraiannya satu persatu, yang pada sudut maknanya mungkin mudah, tetapi pada sudut perlaksanaannya amat sukar.
Ta'zim yang membawa erti , kita membesarkan Allah selayak dengan sifat-Nya. Ertinya? Kita membesarkan Allah dengan menyampaikan tentang keagungan dan kemuliaan-Nya, lantas mengajak seluruh umat manusia untuk bersama menyaksikan dan mengimani kebesaran ini. Saya gunakan definisi mudah di sini, iaitu DAKWAH!!! Sewajarnya kesaksian dan kekaguman terhadap kebesaran Allah itu seharusnya, sepatutnya menggerakkan kita...bukan membatukan kita. Lafaz Allahuakbar, Allah Maha Besar mungkin kerap kita ungkapkan, namun lafaz itu perlu kita zahirkan sepenuh hati, mengajak jiwa-jiwa di sekeliling kita menyaksikan ---> Lihatlah, Tuhanku ini Maha Besar! Allahu Allah, terasa dada ini sesak sewaktu menulis, sesak dalam kemahuan untuk menceritakan kepada kalian tentang kebesaran Allah, agar kalian juga merasai rasa yang sama.
Syafaqah boleh saya simpulkan, terlalu dekat hubungannya dengan menta'zimkan Allah. Syafaqah yang didefinisikan belas (kasihan) dan perasaan ini membawa kita untuk menta'zimkan Allah, kerana kita mahu jiwa-jiwa di sekeliling kita tidak ketinggalan merasai yang sama. Telah Dia jadikan kita sebagai khalifah, menjadi perantara kepada penyaksian ini.. dan dia hadirkan belas ini, untuk kita berkongsi rasa cinta kepada-Nya bersama dengan umat manusia yang kita kasihi, agar manusia sekaliannya bersama-sama berdakwah membesarkan Allah. Perasaan syafaqah ini kerana kita tahu betapa ruginya jiwa-jiwa yang ketinggalan dalam menta'zimkan Allah dan kerana kita mengetahui bahawa dakwah kepada Allah adalah jalan yang selamat dunia dan akhirat.
Benarlah, kita hanya akan berjaya mendalami sesuatu perkara hanya setelah kita melaksanakannya. Kini saya fahami kecintaan dan obsesi Rasulullah saw dalam menta'zimkan Allah dan syafaqah baginda terhadap umatnya. Sungguh, individu yang kita kagumi ini sangat-sangat jelas tugasnya sebagai 'abid dan khalifah, terus-terusan menta'zimkan Allah walau dihina dan ditentang, kerana cintanya baginda kepada Allah dan syafaqahnya kepada umat, agar umatnya merasai kecintaan yang sama. Allahumma solli 'ala Muhammad... Kesabaran, ketekunan, keikhlasan dan kelembutan baginda dalam menyampaikan dakwah amat saya kagumi dan saya mahu dikurniakan sifat-sifat seperti itu. Saya mahukan perasaan untuk terus-terusan membesarkan Allah dan pada masa yang sama, syafaqah yang amat tinggi untuk berdakwah ilallah. Tetap teguh berkongsi pengetahuan dan kecintaan, mengajak manusia memahami rasa yang sama. Saya bukanlah sehebat mana dan mungkin kalian berganda hebatnya daripada saya, namun saya mahu kongsikan perasaan dan kefahaman ini agar kita bersama-sama menjadi pejuang agama. Semoga Allah kekalkan keikhlasan ini dan kerana sayangnya saya pada kalian, saya mahukan pertemuan dengan kalian di atas dipan-dipan syurga nanti. InshaAllah...
InshaAllah sampai di sini dahulu perkongsian kali ini. Semoga kita tetap teguh dalam MEMBERI dengan ta'zim dan syafaqah.
InshaAllah sampai di sini dahulu perkongsian kali ini. Semoga kita tetap teguh dalam MEMBERI dengan ta'zim dan syafaqah.
Allahua'lam.
~Saksikanlah aku menta'zimkan Tuhanku dengan penuh rasa cinta dan kagum, dan aku sampaikan ini kepada kalian kerana syafaqahku, dan aku juga mengharapkan syafaqah kalian terhadapku~
Irhamna
City Elephant
Praha-Podebrady
Comments
baru jeeeeee blaja psl ta'zim dan shafaqah tu td...hehee..
*nape dlm train? :D*
aina.. dengan kak wani yer? hihihi... mari memberi dengan ta'zim dan syafaqah inshaAllah.
kenapa dalam train? on the way ke podebrady dengan adik2 1st year. takde buat ape2.. mengarang la dalam train. (^__^)