Tabuk oh Tabuk...

Bismillah...

Kali ini,,,inshaAllah nak ajak semua recall tentang Perang Tabuk, untuk peringatan bersama. (^___^)
Sebuah pengajaran besar...
yang mana si pemerhati tidak sama dengan si pelaku,
DAN Yang Menciptakan itu tidak memandang natijah kerana Dialah yang memegangnya, TETAPI Dia memandang bagaimana journey anda kepada natijah itu...

REMINDER: "pena telah diangkat....dakwat telah kering...."

Untuk saya ceritakan perang Tabuk itu...kisahnya panjang. Dalam kisah yang panjang itu...banyak cabang,sisi, sudut pandang dan ibrahnya. Mungkin saya tak nampak semua...anda nampak sesuatu...Tapi, saya ceritakan disini apa yang saya rasakan...(^___^) Bersedia untuk omelan saya....(hihi....)

Kita recall sikit tentang Perang Tabuk kat bawah yer... Sengaja saya tak pastekan terus ceritanya di sini..sebab panjang dan nanti anda TAKMO bace...( O_____O )

Jadi saya reserve space untuk omelan saya. kalau nak baca tentang Perang Tabuk, Czech this Out ---> http://daffodilmuslimah.multiply.com/reviews/item/154?&show_interstitial=1&u=%2Freviews%2Fitem (tunggu sat sampai iklan habis...., baru boleh masuk forum tu)

OK...Tentang Tabuk. Saya mahu bawa anda-anda kepada point-point ini:

1) Perang yang sukar kerana cuaca yang panas dan terik. Tempat yang jauh...tak macam Perang Biasa. (9:42)
2) Perang dengan orang Rom
3) Ada beberapa sahabat yang tidak ikut berperang
4) Sahabat berebut nak serahkan harta sehingga Saidina Abu Bakar r.a. bagi semua harta, Saidina Umar r.a. bagi separuh harta dan sebagainya.
5) At last... Perang tak jadi. Walaupun pada awalnya, tentera muslimin bersusah payah...
terlalu banyak ibrah dari Perang ini sebenarnya...
Tapi !!!! HIGHLIGHT saya buat masa ini adalah point "bersusah-payah tapi perang tak jadi..."

POKOK BICARA: Susah payah, tapi perang tak jadi??

Nah....jelas bukan? Allah tidak pandang natijah kerana Allah yang memegangnya. Allah tahu perang dengan tentera ROm takkan berlaku.Allah tahu tentera Rom mahukan perjanjian damai. Allah tahu apa yang akan dilalui oleh tentera Muslimin, Allah tahu siapa yang akan berusaha, Allah tahu niat setiap usaha,..dan Allah tahu baaaaanyak lagi.
Jadi....Apa yang Allah mahu lihat? Kemenangan di Perang Tabuk? tentulah bukan dan bukan..!!!.sebab kalau itu yang Allah mahukan...kun fayakun, dengan sekelip mata tentera muslimin akan menang....
TAPI...Allah mahu lihat yang ini ----> "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?" (29:2)

UJIAN ...itu yang Allah mahu berikan dan itu yang Allah evaluasi. Allah melihat effort, pengorbanan, kesungguhan, alasan, keikhlasan etc. dengan Allah turunkan perintah berperang....dan bagaimana kamu menghadapinya..??

Owh...mari membumi sedikit (^____^) Apa perkaitannya dengan kita....? Cuba anda lihat sekeliling anda ... ada seruan amal? Ada peluang buat kebaikkan? Ada offer kerja fisabilillah? Ade atau tak ade? Mesti..surely..pasti ada...
Dan..bagaimana anda menghadapinya? Apa alasan anda? Mahu sahut atau mahu tolak?Mahu ikut sama atau tidak mahu..?tepuk dada, tanya iman...

Katakanlah usaha itu menang, atau sebaliknya... effort itu terlaksa atau sebaliknya... itu Allah lebih tahu kerana pena telah diangkat bukan??? Tapi di mana anda??? kan tidak sama antara pelaku dan pemerhati?

"Tidaklah sama antara mu’min yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk* satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk** dengan pahala yang besar" (4:95)

sambungan ayat di atas lebih asyik... --> (iaitu) beberapa darjat daripada-Nya, ampunan serta rahmat. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (4:96)

Kalau anda sudah menjadi pelaku-pelaku itu...maka syabas!!teruskan melangkah dengan gagah dengan niat hanya kerana Allah. Kalau belum....Jadi..tunggu apa lagi??? rebut-rebut peluang yang ada...Masih belum terlambat...jangan kira natijahnya kerana Allah tidak lihat itu. TAPI Allah lihat ---> KAMU!!!

~oppss....omelan yg panjang ...... peace... !!!Peringatan utk saya yang sering lupa~

Comments

Keyla said…
salam alaik~

wow!
teruja membacanyer~ jazakillah k mimi..
peringatan yang sungguh best!

lagi2 tyme exam yang memerlukan keikhlasan dan ketekunan nie..huhu

moga Allah kurniakan ganjaran disisi org yang beriman dan beramal soleh! dan moga Allah jadikan kita org itu! ^^,

peace yaw!;P
Irhamna said…
waalaikumussalam wbt..

keyla...peace yaw!!! teruskn melangkah!!go go go!!! mari berusaha...(^____^)

~Ya Allah...teguhkan kami. Amin~
Anonymous said…
mule memahami sedikit demi sedikit ibrah prg tabuk, jzkk k mimi :)

Qibah~
Umar Haikal said…
Ibrah yang menarik. Ibrah yg awak nampak, tapi sy xnampak.

Jazakallahu khoir.

Popular Posts