Mutiaralah Hendaknya...
Bismillah...
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar...
Segala puji bagi Pemilik Alam ini, yang menciptakan dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahimnya... Pemberi nikmat yang tidak pernah putus. Alhamdulillah Alhamdulillah...atas kesempatan yang Dia berikan, untuk terus bernafas di Bumi miliknya, mencari bekalan buat kehidupan di 'sana'.
Alhamdulillah, selasa, 19hb June 2012 yang lepas.. Allah izinkan saya menamatkan tahun ke-5 medic dan inshaAllah, sem depan, bermulalah tahun ke-6, tahun terakhir perjuangan sebagai seorang pelajar medic inshaAllah. Moga Allah permudahkan semuanya...
(^__^) InshaAllah, sekarang kembali semula kepada azam menghidupkan semula Nejlepsi Kamaradka. Azam tahun lepas tak berjaya... satu entry sahaja for the whole year. (T____T) teringin sebenarnya nak update dengan lebih istiqamah..tapi macam biasalah, end up dalam draft. Jadi.. masa yang terlapang ni inshaAllah boleh digunakan untuk update blog dan mudah-mudahan bermanfaat hendaknya.
(^__^) InshaAllah, sekarang kembali semula kepada azam menghidupkan semula Nejlepsi Kamaradka. Azam tahun lepas tak berjaya... satu entry sahaja for the whole year. (T____T) teringin sebenarnya nak update dengan lebih istiqamah..tapi macam biasalah, end up dalam draft. Jadi.. masa yang terlapang ni inshaAllah boleh digunakan untuk update blog dan mudah-mudahan bermanfaat hendaknya.
Sengaja saya namakan entry ini sebagai Mutiara, kerana harapan saya... masa yang masih bersisa di Bumi Prague ini sebelum pulang ke Malaysia bagi cuti summer, adalah masa yang berharga dan dimanfaatkan sebaiknya. Sungguh.. ujian kelapangan itu amat berat dan inshaAllah, saki baki masa yang ada cuba saya penuhi sebaiknya.
Rutin di pagi hari tiada masalah kerana attachment OnG memenuhi ruang masa, sehinggalah 6hb Julai nanti inshaAllah... alhamdulillah Isnin yang lepas berkesempatan masuk OT untuk hysterectomy. Harapannya nanti..dapat tengok delivery pulak... normal delivery kalau boleh.. Last few months dah pernah tengok C-section... a twin masa tu!!! Allahuakbar... kagum! sungguh... sangat kagum! Boleh bayangkan nyawa yang terkandung dalam rahim ibu... masa awal saat dikeluarkan, senyap tidak bergerak seperti patung dan dalam a few seconds, terus menjerit menangis. subhanallah, Ciptaan Allah yang sungguh hebat...wajar amat untuk dikagumi dan disyukuri.
Pulang dari attachment biasanya tengah hari...haaa.. yang ini cabaran! perlu cari sesuatu yang bermanfaat untuk mengisi masa selama dua minggu ini... takut betul kalau terbuang begitu sahaja. Mungkin perlu buat checklist, especially target Sya'aban... last year agak mengecewakan. ("____") Okay, aim for something better this year inshaAllah. Last Ramadhan tak dapat khatam Quran, tak capai target, dan Opah dapat khatam.. wah, segan dengan opah. Okay Opah, get ready... this year inshaAllah we'll khatam together Ok..inshaAllah2. (^__^)
hmm....tiba-tiba sunyi pulak rasa Prague ni, dan bila dah sunyi2..hantar orang balik Malaysia kat airport.. more are leaving next week... mulalah datang penyakit 'sakit rumah'... tapi tak boleh layan sangat. i'll be joining you guys inshaAllah...(^__^) Sementara tu... i'll be collecting 'mutiara-mutiara' di Bumi Prague ni... amin.
Okay, selamat bercuti semua. Kepada yang masih ada exam.. teruskan melangkah dengan hanya Allah di hati,.. besar pahalanya menuntut ilmu, apatah lagi jika niatnya kerana Dia. Doaku sentiasa bersama kalian.
Jaga diri, jaga iman semua. Make full use of your holidays, Sya'aban dan Ramadhan. Okay?!!!
Na shledanou...
Comments