Hebat, Sekiranya FAHAM!

Bismillah...

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

Allah hidangkan saya dengan sebuah kisah hebat, dan usia pemilik kisah ini yang saya kagumi. Kami sebaya!!! Perasaan saya bercampur baur... sedih, terharu, kagum, berharap.. BLENDED! 

Dia mungkin tidak kenal saya... dan kami pernah berjumpa dengan sewaktu Perhimpunan Musim Sejuk (PMS) di Loch Lomond 2008. Saya kagumi bacaan Al-Qurannya dan personalitinya. Setelah hampir 4 tahun... Allah izinkan saya menelusuri kisah hidup seorang Ukhti yang hebat ini, yang Allah uji dengan ujian yang hebat dan Allah hadiahkan pemberian yang hebat atas kesabarannya. 

Mengetahui keinginannya untuk menginfakkan dirinya kepada dakwah sedari usia 10 tahun, sungguh membuatkan saya terasa kerdil!!! Allahu Allah... di usia yang sama, saya hanyalah seorang kanak-kanak sepuluh tahun yang tidak pernah langsung terlintas tentang dakwah. Hebatnya seorang dia!!! Jangan salah faham.. saya bukan mengagungkan manusia.. tetapi saya mengagumi perencanaan Allah, kasih sayang Allah, tarbiah Allah dan kelebihan yang Allah berikan kepada orang yang FAHAM! Mungkin saya tidak berpeluang dibesarkan dalam keluarga tarbiah.. tetapi Alhamdulillah 'ala kulli hal.. Ketetapan Allah itu adalah yang terbaik, bukan? Allah izinkan saya disentuh pada usia ini.. dan mudah-mudahan saya juga mendapat KEFAHAMAN itu... kerana saya juga mahu jadi hebat. Hebat kerana Allah, hebat untuk agama... dan semestinya HEBAT kerana saya mahukan pertemuan dengan Yang Menciptakan saya nanti!!! Seperti kata seorang ukhti saya, "kita mungkin tidak dibesarkan di dalam keluarga ikhwah akhawat... tapi kita boleh membesarkan mujahid-mujahidah kita di dalam tarbiah" ..  inshaAllah2.... AND it can go the other way around... kita yang Allah izinkan untuk faham, perlu cuba memberikan kefahaman yang sama kepada mak, ayah dan keluarga kita. InshaAllah...

Berbalik kepada ukhti yang saya kagumi... dan sungguh, saya SAYANGI dia walaupun kami tidaklah saling mengenali, cuma tahu akan kewujudannya. Mungkin anda tertanya-tanya kisahnya dia .... MAAF .. saya tidak dapat ceritakan di sini kerana ianya peribadi. Cukuplah saya katakan... doa saya untuk dia, agar dia bahagia kini dan agar dia dibernarkan untuk terus HEBAT dalam dakwah (dan agar kita semua dibenarkan untuk terus hebat dalam dakwah)!!! Jalan ini perlukan orang yang hebat sepertinya... jiwa sekuat dia. 

Buat ukhtiku.... berbahagialah kini dalam sakinah, mawaddah dan rahmah! Kisahmu dan kekentalanmu akan kujadikan pedoman hidup.. agar tidak berganjak haluan. Janji Allah itu benar! 

~Aku hanya mahu mengembirakan Tuhanku~


Comments

Popular Posts