kerana CINTA
controversial sikit tajuk...(^_^) Tapi! Cube tengok ni sat:
Saya?....rasa rindu...rindu sangat sangat sangat dengan Rasulullah.
Dan... rasa malu dan takut...kalau-kalau diri telah mengecewakan Rasulullah.
Setelah selesai tengok video ni.. saya sangat2 merasakan cinta Rasulullah. Cinta yang sangat mendalam kepada umat baginda. Kisah Bilal yang speaker dalam video ceritakan, pernah saya baca suatu ketika dahulu tetapi setiap kali mendengarnya... hati tetap sayu. sayu teramat!!! Subhanallah..benarlah Rasulullah saw auranya sangat2 hebat... mungkin kerana tulus dan ikhlasnya cinta Rasulullah terhadap kita..setiap kali mendengar kisah beliau, hati2 kita senang benar merasa sayu.
kerana CINTA...kisah yang diceritakan oleh uktiku Fillah di dalam usrah. Ceritanya:
"hadirin ditanyakan oleh ustaz, KENAPA KITA BUAT DAKWAH?"
senyap...semua berfikir. Ada jawapan2 yang sok sek sok sek kedengaran... " Nak dapat redha Allah", " nak kejar syurga Allah", " sebab dakwah itu wajib".. IDEAL..jawapan yang sangat ideal. Tapi benarkah???
Kemudian, setelah lama hadirin dibiarkan dengan berfikir sendiri, si Ustaz menjawab," Kerana kita CINTA. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada ibu dan ayah, cinta kepada keluarga, cinta kepada orang sekeliling kita....."
Allahuakbar!!!Ya, kerana kita CINTA... itulah yang dapat saya rasakana auranya dari Rasulullah...kerana Rasulullah cinta, cinta kepada umatnya dan baginda mahukan yang terbaik untuk kita.
Jadi..ayuh!!jangan kecewakan baginda... teruskan legasi baginda. Kita mahu lakukan kerana kita juga CINTA!!!
~Allah, biarkan rasa ini terus mekar~
Comments