TPMG... meninggalkan sesuatu yang amat bermakna.

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah..

Tak terkata syukurnya hati dengan kejayaan TPMG yang meninggalkan seribu satu kesan dalam hati. semoga kesan yang ditinggalkan berpanjangan insyaAllah. Tahniah dan syabas kepada semua AJK2 dan peserta2 yang terlibat. syabas dan jazakumullah khair kepada AJK masakan yang sanggup berkorban untuk kami. semoga Allah merahmati kalian.

Penghargaan kepada Dr.MAZA dengan pengisian yang mantap dan berkesan. Hujah2 yang realistik dan diterima akal... cukup untuk membuatkan mata saya sentiasa tercelik dan hati sentiasa bersemangat untuk mendengar... apa yang kurang jelas telah dijelaskan dan apa yang kurang faham telah difahamkan. Alhamdulillah... rasa tak sabar untuk tunggu peluang berjumpa Dr.MAZA sekali lagi jika diizinkan ilahi.

Menjadi faci? Selepas diberitahu tugas yang dipikul..erk, risau juga. yelah, tanggungjawab besar, takut2 kelemahan diri akan affect kefahaman orang lain...tapi bila difikirkan, tanggungjawab yang Allah beri itu sejajar dengan kemampuan diri... kerana Allah tahu setiap inci dari hamba-Nya. kalau Allah kata boleh, maka usahalah untuk cari kebolehan itu...tawakkal. ya tawakkal... Alhamdulillah, perkenalan singkat dengan adik2 dan co-faci, Nadia, cukup membuatkan pengalaman bersama kumpulan 7 menjadi suatu yang amat bermakna. JAzakumullah semua ahli group: Nadia, Cek Mek, Timah, dan C-kin. saya mintak maaf kalau ade tersalah cakap atau apa2 sahaja. semoga kita semua thabat dijalan-Nya. kudoakan yang terbaik untuk kalian yg disayangi.

akhir kata...terima kasih semua atas kerjasama yang diberikan...semoga Allah membalas jasa kalian. Wassalam.

~Kehidupan adalah amanah~

Comments

Popular Posts