Saat langit berwarna merah Saga

Assalamualaikum wbt...

Lama rasanya tak menulis... hanya sekali sekala melawat, hati tergerak untuk menulis namun terasa malas jari jemari untuk ditarikan di atas keyboard. Alhamdulillah, hari ini rajin pulak rasenya.

Sedang sy menulis di sini, lagu merah saga berkumandang di media player...suka sangat sy dengar lagu ni. sangat bersemangat..mengisi jiwa yang kosong dan mengingatkan sy matlamat hidup dan perjuangan seorang muslim.

Alhamdulillah exam telah selesai. syukur....kalau nak harapkan kemampuan diri, entah ke mana...semuanya rahmat Allah, yang memudahkan bagi saya sejak awal lagi. Allah Maha Kaya....Terima kasih Allah.

Kelmarin baru dapat arahan dari Bro Ash mengenai tugasan baru untuk CzeMSA. Road tour bersama kedutaan. 7 March di Olomouc, 8 March di Hradec dan 14 March di Prague. Banyak yang perlu difikirkan dan dirancang. Semoga yang terbaik bagi kami di Czech Republic ni. InsyaAllah.

Alhamdulillah...syukur kerana Allah mengurniakan saya tanggungjawab yang besar untuk mengendalikan persatuan di Czech Republic. Betapa bersyukurnya saya dengan nikmat Allah kerana dengan tanggungjawab ini membuatkan saya melepaskan masalah2 dunia...terlalu singkat rasanya masa untuk memikirkan masalah remeh sedangkan terlalu banyak yang perlu difikirkan untuk kebaikan kami di sini.

Sungguh...bila kita terasa kerja melebihi masa, masa akan lebih dihargai. semoga kelekaan yang lepas diampunkan oleh Yang Maha Esa. Semoga hari2 mendatang lebih terisi dengan mutiara2 untuk menghadapkan diri pada-Nya.

teringat pada kata2 seorang kakak ni, kehidupan mengajar kita perlbagai perkara, mendidik kita...apabila kita sedar ada perkara yang lebih penting untuk kita fikirkan, kita akan lebih matang untuk memilih dan memberatkan mana yang patut.

Biarlah apa orang lain fikirkan, lakukan apa yang dirasakan terbaik kerana kita hidup kerana Allah... define dengan baik apa yang dimahukan, selaras dengan apa yang Allah tuntut. Penat rasanya diri untuk memuaskan kehendak yang bertentangan diri..memang...namun selagi kewarasan masih bersisa, bertabahlah dan terima sebagai tarbiyyah...kerana kita milik Allah.

Semoga najah dunia akhirat.InsyaAllah...ameen!

*gembiralah sebagai diri anda...you're special*

Comments

Anonymous said…
chayo2!!!! Bersemangat mimi..moga Allah permudahkan urusan enti..

Popular Posts